Monday, March 7, 2011

wahai kaum hawa...

Wahai kaum hawa..
Lindungilah maruahmu dari fitnah dunia...
Peliharalah pandanganmu daripada melihat perkara hanya menambahkan dosa..
Dalamilah agamamu dengan penuh kesungguhan...
Agar suatu hari nanti tidakkan kamu terpesong daripada tiang agama ISLAM ini..

Janganlah kamu mengaibkan dirimu..
Janganlah kamu mengaibkan keluargamu..
Janganlah kamu mengaibkan masyarakatmu...
Juga janganlah kamu mengaibkan agamamu...

Wahai kaum hawa...
Jadilah kamu muslimah yang sejati...
Muslimah yang lemah lembut penuh dengan kesopanan...
Peliharalah amalanmu agar dosa tidakkan memenuhi hatimu,jiwamu..
Juga kehidupanmu...
Jadilah kamu seorang yang mulia di sisi ALLAH...
Agar dapat kamu jejaki Jannatul-Nya...

Doa seorang Isteri

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim 
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku lakukan
Kau limpahkanlah diriku dengan kesabaran  
Kau berikanlah aku kekuatan  
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan 
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nistaan
Kau kuatkanlah semangatku tuk' menempuhi segala dugaan
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan 

Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya 
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya 
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu 
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya 
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu 
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya 
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu 
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya 

Tetapi Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang 
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu 
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu 
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya 
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan 
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku menyedarkan dirinya 
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan 
Kau bantulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena daripada segala kemewahan

Ya Allah 
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku 
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku 
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan 
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri 
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu 
Sekiranya aku engkar dan derhaka 
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu 

Ya Allah sesungguhnya 
Aku lemah tanpa petunjukMu 
Aku buta tanpa bimbinganMu 
Aku cacat tanpa hidayahMu 
Aku hina tanpa RahmatMu 

Ya Allah 
Kuatkan hati dan semangatku 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami 
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu 
Bimbinglah aku tuk' menjadi seorang isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu 
Kerana aku sedar hinanya aku 
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu 

Ya Allah Ya Tuhanku... 
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati 
Isteri yang dikasihi 
Isteri yang solehah 
Isteri yang sentiasa dihati seorang lelaki yang bergelar suami 

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. 

Saturday, March 5, 2011

Gerimis membasahi bumi...

Tatkala gerimis membasahi bumi...
Aku berdiri mencarimu....
Namun setelahku nanti dirimu...
Baruku sedari...
Bahawa penantianku hanya sia-sia...

Kenangan lalu..

Tatkala sendirian...
Kenangan lalu sering menerjah ingatan...
Meskipun aku dan dirimu telah lama terpisah dek waktu....

Benar sayang...

Benar sayangku...
Aku amat merinduimu...
Menyayangimu...
Juga mencintaimu...

Tanyalah pada bulan...
Betapa aku setia menantimu...
Lihatlah pada bintang yang bertaburan di langit...
Begitulah cintaku padamu yang tidak terkira jumlahnya...
Bagai sungai yang mengalir...
Yang sentiasa hidup dengan cinta yang suci....
Dan juga bagai laut yang tidak bertepi....

Aku akan setia menantimu...
Itulah janjiku...
Selagi hayat ini masih berpanjangan...
Selagi itulah aku akan sentiasa di sisimu...

Bajailah cinta....

Tanamlah benih cinta...
Siramilah ia dengan kasih sayang...
Dan bajailah ia dengan pengorbanan....
Agar ia subur menjadi bunga yang penuh kebahagiaan....

Pabila cinta..

Pabila cinta menggamitmu...
Ikutilah ia meskipun jalannya berliku-liku dan bercuram....
Pabila cinta mengepakkan sayapnya...
Serahkan lah dirimu kepadanya...
Meskipun pedang yang tersisip di sayapnya melukakanmu...